Update 06:00 date 17/07/2018
BERITA | 13 Jul, 2018 | 04:00

10 perkara tentang Jho Low

Jho Low. PETALING JAYA: Usaha memburu ahli perniagaan, Low Taek Jho, yang dikehendaki dalam siasatan dakwaan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kini tertumpu di pulau di West Indies. Pada Khamis, The Star melaporkan Low yang juga dikenali sebagai Jho Low, melarikan diri ke kepulauan Saint Kitts dan Nevis, sebuah negara kecil di West Indies, di […]

Jho Low

Jho Low.

PETALING JAYA: Usaha memburu ahli perniagaan, Low Taek Jho, yang dikehendaki dalam siasatan dakwaan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kini tertumpu di pulau di West Indies.

Pada Khamis, The Star melaporkan Low yang juga dikenali sebagai Jho Low, melarikan diri ke kepulauan Saint Kitts dan Nevis, sebuah negara kecil di West Indies, di mana dia memiliki status warga negara itu.

Pada Rabu, Polis Singapura memberitahu ia telah mengeluarkan permohonan rasmi ke Hong Kong untuk membantu penahanan Low pada April 2016, tetapi permintaan tersebut ditolak.

Di bawah ini, The Strait Times menyenaraikan 10 perkara mengenai Jho Low:

1. Dibesarkan dalam keluarga yang kaya di Pulau Pinang.

Bapa Low, Larry Low Hock Peng merupakan seorang eksekutif bagi sebuah syarikat pegangan pelaburan MWE Holdings Bhd.

Datuknya, Low Meng Tak membina sebahagian besar daripada kekayaan keluarga di China dan Thailand menerusi keusahawanannya dalam perlombongan bijih besi dan perusahaan pelbagai minuman keras.

2. Belajar di sekolah elit di Britain dan Amerika Syarikat.

Low menuntut di Sekolah Harrow di London, di mana dia dipercayai bertemu dengan anak tiri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak iaitu Riza Aziz, yang sedang belajar di London School of Economics. Dia kemudian menyambung pengajian di Wharton School of the University of Pennsylvania.

3. Kumpulan pelajar Malaysia di Sekolah Wharton.

Di Sekolah Wharton, Low mahu dekat dengan negara kelahirannya dengan mengendalikan kumpulan pelajar Malaysia. New York Times melaporkan dia juga bertemu dengan ahli keluarga terkemuka dari Jordan dan Kuwait di sekolah itu.

4. Ada hubungan rapat dengan kerabat diraja Arab Saudi.

Low membuat hubungan rapat dengan keluarga diraja dari Arab Saudi, Kuwait dan Abu Dhabi, manakala di Wharton dikatakan dia mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang mempunyai kuasa di peringkat tertinggi di Malaysia.

Dia diketahui telah berjaya mendapatkan pertemuan selama 11 jam dengan Perdana Menteri Kuwait untuk bekas perdana menteri Najib, yang pulang ke tanah air setelah kunjungan rasmi ke Perancis.

5. Bantu untuk menubuhkan dana 1MDB.

Najib mengamanahkan Low dengan tugas menyatukan dana berbilion ringgit yang dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). Low dikatakan hanya terlibat dalam penubuhan awal TIA, yang kemudiannya dinamakan semula sebagai 1MDB.

6. Berparti bersama Paris Hilton.

Low dirakamkan berparti bersama selebriti Paris Hilton pada 2010 dan muncul di permaidani merah bersama penyanyi Alicia Keys. Dia juga bergambar bersama Leonardo DiCaprio pada majlis pembukaan filem The Wolf of Wall Street di Paris pada 2013, filem yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang ditubuhkan Riza.

7. Anjur bersama konsert di Pulau Pinang sebelum pilihan raya 2013.

Pada 2013, Low bersama menganjurkan konsert di Pulau Pinang pada hari penamaan calon, yang menampilkan bintang Cantopop, Leon Lai dan Alan Tam, dan penyanyi rap Amerika, Ludacris dan Busta Rhymes. Low mendakwa ia bukan majlis politik tetapi dianjurkan untuk mempromosikan perpaduan, keamanan dan keharmonian. Pengunjung boleh menebus tiket untuk sumbangan amal minimum RM1. 

8. Jual kediaman mewah di New York kepada anak tiri Najib.

Low membeli hartanah terkemuka di Amerika Syarikat bernilai AS41.51 juta (RM167 juta) yang kemudiannya dijual kepada Riza untuk mendapatkan keuntungan yang sewajarnya. Pada 2010 dan 2011, Low membeli tiga rumah mewah bernilai AS$72 juta (RM290 juta), yang mana dua dibeli oleh Riza. Low dikatakan telah membuat keuntungan sebanyak 40 peratus berdasarkan salah satu transaksi.

9. CEO firma ekuti Jynwel Capital. 

Low merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) pelaburan firma ekuiti dan perunding swasta yang berpangkalan di Hong Kong, Jynwel Capital, di mana pada 2014 merancang untuk membuat tawaran AS$2.2 bilion (RM9 bilion) untuk membeli Reebok dari syarikat Jerman, Adidas, bersama dana yang berkait dengan kerajaan Abu Dhabi.

10. Mempunyai kapal layar mewah, dirampas pada Februari.

Polis Indonesia merampas kapal layar itu di Bali pada 28 Februari lalu, yang merupakan sebahagian daripada operasi bersama Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Jabatan Kehakiman AS sebelum itu mendakwa kapal layar yang bernama Equanimity itu bernilai AS$250 juta (RM1 bilion), antara aset yang dibeli Low menggunakan dana dari 1MDB. – The Straits Times/Asia News Network

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/07/13/mengenai-jho-low
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA