Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata, kejohanan bertema ‘Jom Pancing, Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera’ itu menawarkan ganjaran hadiah keseluruhan berjumlah RM19,000.

Katanya, juara pertandingan akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM8,000 diikuti RM3,000 untuk naib juara dan ketiga (RM1,000).

“Pemenang tempat keempat pula akan menerima hadiah bernilai RM400, kelima hingga ke 10 (RM250), seterusnya ke 11 hingga 20 (RM150) manakala pemenang ke 21 hingga 50 akan mene­rima RM100 setiap seorang,

“Lebih menarik pada kali ini apabila hadiah turut dirombak bagi memenuhi kehendak kaki pancing di mana tempat ke 21 hingga 50 akan membawa pulang sebanyak RM100,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Khairul Anuar, lebih satu tan ikan pelbagai spesies antaranya patin bersaiz antara empat hingga lima kilogram dilepaskan ke dalam tasik itu untuk dipancing peserta.

“Taman Tasik Permaisuri juga mempunyai keunikan tersendiri kerana banyak spesies ikan terbaik termasuk tongsan, rhu dan toman bersaiz lapan hingga 15 kilogram menanti kaki pancing,” katanya.

Mengenai pendaftaran, beliau berkata, yuran RM40 dikenakan untuk sebatang joran dan 1,000 penyertaan awal layak menerima 2 botol air sumbangan penaja.

“Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertan­dingan pada Sabtu ini dari pukul 1 tengah hari hingga 9 malam dan pada keesokan harinya kaunter dibuka dari pukul 6.30 pagi hingga 10.00 pagi.

“Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman facebook: JORANKL atau menghubungi urus setia di talian 013 3052 811, 013 2667 011 dan 012 2846 811,” katanya.