Update 08:50 date 20/07/2018
BERITA | 13 Jul, 2018 | 02:00

12 cedera letupan dekat lapangan terbang Kaherah

Letupan kuat berlaku dekat lapangan terbang di Kaherah. SATU letupan besar berlaku di sebuah kilang bahan kimia dengan Lapangan Terbang Kaherah, Mesir mengakibatkan 12 orang cedera. Penduduk kawasan sekitar dilaporkan mendengar letupan kuat dekat lapangan terbang pada kira-kira pukul 10 malam waktu tempatan pada Khamis. Penerbangan ditangguhkan selepas kebakaran itu mencetuskan kepulan asal tebal. Seorang […]

Letupan kuat berlaku dekat lapangan terbang di Kaherah.

SATU letupan besar berlaku di sebuah kilang bahan kimia dengan Lapangan Terbang Kaherah, Mesir mengakibatkan 12 orang cedera.

Penduduk kawasan sekitar dilaporkan mendengar letupan kuat dekat lapangan terbang pada kira-kira pukul 10 malam waktu tempatan pada Khamis.

Penerbangan ditangguhkan selepas kebakaran itu mencetuskan kepulan asal tebal.

Seorang jurucakap tentera Mesir, Kolonel Tamer al-Rifai berkata, letupan bermula dari kilang bahan kimia yang berpunca daripada suhu tinggi.

Beberapa gambar dan video yang menunjukkan kepulan asap tebal di kawasan dekat lapangan terbang di Mesir dikongsikan di laman sosial Twitter. – Mirror UK

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/07/13/letupan-lapangan-terbang
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA