Update 06:06 date 23/07/2018
DUNIA | 13 Jul, 2018 | 03:14

12 cedera letupan luar lapangan terbang di Kaherah

Satu letupan terjadi di kilang kimia di Kaherah, 12 Julai, 2018. (Foto Taher Amer Fathy melalui AP) KAHERAH: Seramai 12 orang dilaporkan cedera dalam letupan sebuah kilang kimia di luar lapangan terbang antarabangsa Kaherah, pada Khamis. Jurucakap tentera Tamer el-Refai berkata menerusi Twitter, letupan di premis yang mengkhususkan dalam industri kimia tersebut berlaku akibat tekanan […]

12 cedera letupan luar lapangan terbang di Kaherah

Satu letupan terjadi di kilang kimia di Kaherah, 12 Julai, 2018. (Foto Taher Amer Fathy melalui AP)

KAHERAH: Seramai 12 orang dilaporkan cedera dalam letupan sebuah kilang kimia di luar lapangan terbang antarabangsa Kaherah, pada Khamis.

Jurucakap tentera Tamer el-Refai berkata menerusi Twitter, letupan di premis yang mengkhususkan dalam industri kimia tersebut berlaku akibat tekanan suhu yang terlampau tinggi.

Sejumlah besar anggota bomba dan pasukan perubatan dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran dan membantu mangsa yang cedera.

Agensi berita MENA yang memetik sumber pasukan keselamatan berkata, tahap kecederaan mangsa masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, pihak Jabatan Penerbangan Awam menafikan insiden berkenaan berlaku dalam kawasan lapangan terbang.

“Lalu lintas udara berterusan seperti biasa, dan jadual penerbangan tidak terjejas,” kata jurucakap jabatan terbabit, Bassem Abdel Karim, dalam satu kenyataan. – Agensi

http://www.astroawani.com/berita-dunia/12-cedera-letupan-luar-lapangan-terbang-di-kaherah-180350
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA