GEORGETOWN – Seorang pemandu Grab terpaksa mengharungi detik menakutkan lebih 12 jam apabila dia dijadikan tebusan oleh seorang kaki judi yang menyamar sebagai penumpang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin, mangsa berusia 34 tahun itu mendapat panggilan melalui aplikasi Grab dari seorang wanita di Taman Sri Perak, Jalan Perak, Jelutong di sini.

Namun, apabila mangsa tiba di kawasan tersebut, dia mendapati, penumpang tersebut adalah seorang lelaki yang meminta untuk dihantarkan ke Plaza Gurney.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa membawa suspek menaiki keretanya namun diminta agar singgah sebentar ke sebuah restoran nasi kandar di Jelutong bagi membungkus makanan untuk ibunya.

“Mangsa menuruti arahan suspek dan membawanya ke rumah ibunya di Taman Sri Perak. Selepas itu, suspek mengarahkan mangsa menghantarnya di Seri Tanjong Pinang. Ketika tiba di lokasi rumah tersebut, suspek meminta mangsa memberhentikan keretanya di hadapan rumah berkenaan,†katanya.

Anuar berkata, suspek keluar dari kereta mangsa lalu menuju ke jalan utama namun datang kembali bersama dua rakan lelakinya.

“Salah seorang rakan suspek memakai topi keledar dan mereka mendakwa suspek merupakan seorang anggota polis. Mangsa ditarik keluar dari kereta dan kunci keretanya dirampas. Ketiga-tiga suspek kemudiannya menyelongkar kereta mangsa lalu mengambil telefon bimbit dan dompet mangsa.

Tambahnya, lebih memalukan, mangsa dibogelkan dan dirakam gambarnya.

“Mangsa turut dibawa ke sebuah pusat perjudian di Jalan Anson dan akaun banknya digunakan suspek untuk transaksi perjudian. Kira-kira jam 3 petang, mangsa dibawa ke sebuah kedai pajak gadai dan dipaksa menjual telefon bimbitnya jenis Iphone 6s,†katanya.

Anuar berkata, sebelum suspek melepaskan mangsa, dia diugut agar tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Jelasnya, suspek berjaya ditahan jam 9.30 malam hari yang sama di hadapan pos pengawal Taman Sri Perak, Jalan Slim Jelutong.

“Ujian saringan mendapati suspek positif syabu. Suspek yang bekerja sebagai jururunding juga didapati mempunyai lima rekod jenayah. Suspek mengaku melakukan pemerasan terhadap mangsa,†katanya.