Update 11:01 date 16/08/2018
DUNIA | 06 Jul, 2018 | 00:02

20 hilang bot karam di Phuket

Pihak berkuasa berkumpul di dermaga untuk operasi menyelamat. BANGKOK: Kira-kira 20 penumpang dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki karam di luar pantai pulau Phuket. “Bot berkenaan dinaiki kira-kira 90 penumpang ketika insiden berlaku, namun separuh daripadanya berjaya diselamatkan dan operasi menyelamat masih diteruskan,” kata jurucakap Jabatan Pengairan dan Pencegahan Bencana. Bot berkenaan dipercayai dalam […]

20 hilang bot karam di Phuket

Pihak berkuasa berkumpul di dermaga untuk operasi menyelamat.

BANGKOK: Kira-kira 20 penumpang dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki karam di luar pantai pulau Phuket.

“Bot berkenaan dinaiki kira-kira 90 penumpang ketika insiden berlaku, namun separuh daripadanya berjaya diselamatkan dan operasi menyelamat masih diteruskan,” kata jurucakap Jabatan Pengairan dan Pencegahan Bencana.

Bot berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Phuket dari Koh Racha.

Sementara itu, imej yang dikongsi Facebook menunjukkan pihak berkuasa sedang berkumpul di kawasan dermaga bagi menyelaras operasi menyelamat.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/20-hilang-bot-karam-di-phuket-179739
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA