Ketua Polis Negeri, Datuk A.Thaiveegan berkata, tangkapan berkenaan dilakukan menerusi 36 serbuan yang dilakukan pihaknya sepanjang tempoh kejohanan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, jumlah pertaruhan mencecah RM1.8 juta dengan nilai pertaruhan meningkat ketika perlawanan membabitkan pasukan pilihan seperti Brazil, Argentina, Portugal, Belgium dan England.

“Jumlah wang tunai yang dirampas pula sebanyak RM23, 885 selain rampasan beberapa peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 38 lelaki dan seorang wanita dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953. – UTUSAN ONLINE.