PENERBIT terkenal, A. Aida telah mengedarkan kad jemputan ke majlis akad nikahnya yang akan berlangsung pada Sabtu 21 Julai ini, 9 malam, di Ampang, Kuala Lumpur dengan jejaka muda pilihannya Ariff Aziz.

Sinar Harian mengucapkan tahniah dan semoga segala perancangan dipermudahkan dan selamat bergelar isteri kepada pelakon dan bekas finalis Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2014.

Sebelum ini, A. Aida telah dilamar oleh jejaka muda itu dengan menyerahkan sebentuk cincin Solitaire bertatahkan berlian sebagai simbolik lamaran.

Terdahalu Sinar Harian melaporkan A. Aida menerima kehadiran Ariff yang juga pelakon Isteri Untuk Diiktiraf itu kerana tertarik dengan keperibadian yang dimiliki.

Untuk rekod, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang pernah tiga kali  berumah tangga termasuk perkahwinannya dengan Ameng (Spring) dan dikurniakan tiga orang anak melalui dua perkahwinan terdahulu.