Update 08:15 date 17/08/2018
SUKAN | 11 Aug, 2018 | 07:04

Adam Nor Azlin ‘buka mulut’ insiden pergaduhan dengan pemain UAE

FOTO: MOHD IZARI ROSLI PEMAIN Bawah 23 tahun (B-23) negara, Adam Nor Azlin menjelaskan beliau dan rakan sepasukannya tidak terkesan dengan insiden pergaduhan dengan pemain Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam semalam. Beliau yang dihubungi berkata, walaupun insiden tersebut sedang hangat diperkatakan sekarang, namun beliau enggan menjadikannya sebagai isu utama. […]

FOTO: MOHD IZARI ROSLI

PEMAIN Bawah 23 tahun (B-23) negara, Adam Nor Azlin menjelaskan beliau dan rakan sepasukannya tidak terkesan dengan insiden pergaduhan dengan pemain Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam semalam.

Beliau yang dihubungi berkata, walaupun insiden tersebut sedang hangat diperkatakan sekarang, namun beliau enggan menjadikannya sebagai isu utama.

Sebaliknya, pemain berusia 22 tahun itu lebih berminat memperkatakan mengenai kemenangan pada aksi persahabatan itu yang diyakini mampu memberi suntikan semangat menjelang temasya Sukan Asia nanti.

“Kemenangan semalam sedikit sebanyak memberi suntikan moral kepada kami menjelang Sukan Asia nanti. Tetapi kami tidak boleh terlalu selesa, sebaliknya perlu bekerja lebih keras untuk melangkah jauh,” katanya.

Diminta mengulas lanjut insiden yang berlaku di minit akhir perlawanan itu, Adam memilih untuk melupakan semua yang berlaku dan berharap kejadian itu dapat dijadikan iktibar kepadanya dan rakan-rakan.

“Saya tak nak ulas bagaimana insiden itu berlaku kerana ianya sudah pun berlalu dan kami sebagai pemain perlu mengambilnya sebagai pengajaran kerana jika berulang lagi, ia hanya akan merugikan pasukan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Adam mendedahkan pergaduhan itu telah menyebabkan seorang pemain negara dan dua pegawai mengalami kecederaan.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/adam-azlin-buka-mulut-insiden-pergaduhan-dengan-pemain-uae/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA