KEMUNCULAN penyanyi Adira dalam satu majlis hari raya baru-baru ini sedikit mengejutkan tetamu yang tidak mengetahui isteri kedua Datuk Red ini sedang hamil lagi.

Ini merupakan anak kedua Adira dan kelapan bagi Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.

“InsyaALLAH, Adira akan bersalin pada bulan September nanti.  Kali ini anak lelaki.  Kali ini juga saya tak mahu letak nama panjang-panjang sebab takut lupa,” ujar Datuk Red.

Bersama Adira, ini merupakan anak kedua mereka namun kelapan bagi Datuk Red.

“Saya memang sukakan anak-anak.  Kalau boleh nak 20 orang anak.  Bagi saya inilah rezeki sebenarnya.  Tak boleh dibandingkan dengan duit.

“Anak tambah tak apa tapi isteri cukup dua. Dua ini sudah mencukupi hidup saya,” ujarnya lagi.