PEKAN – Pihak pentadbiran agama Islam dan agensi kerajaan di negara ini perlu bertindak dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender  (LGBT) kerana masyarakat sememangnya mengharapkan pihak berwajib bertindak dalam perkara ini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata isu LGBT ini bukan sahaja berlaku di negara ini malah masyarakat di negara lain turut menentang hak sama rata golongan ini dan ada negara yang menghukum dengan kekerasan.

Menurutnya, di Malaysia lebih menggunakan konsep lemah-lembut dalam menentang kerana masyarakat kita mempunyai peradaban baik, bersopan-santun dan mengikut peraturan ditetapkan.

“Masyarakat mengharapkan pihak berkuasa bertindak dalam perkara ini mereka tidak gemar dan masih waras sebab masing-masing tidak mahu perkara tersebut berlaku pada keluarga merekai,†katanya ketika ditemui di Muip, di sini semalam.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan Marina Mahathir yang menuntut hak sama rata LGBT, Wan Abdul Wahid berkata Muip tidak pernah mendiskriminasikan hak golongan LGBT, namun perkara songsang ini tidak boleh dibiar begitu sahaja.

Beliau berkata, selagi berlaku perkara bertentangan agama Islam, ia perlu diperbetulkan supaya mereka kembali ke jalan benar.

Tambahnya, di Pahang golongan yang ramai terdiri daripada transgender dan pihaknya tidak pernah diskriminasi mereka.

“Malah kita beri mereka rumah, ceramah dan kelas agama, malah ada yang kita bagi kerja pada mereka.

“Kita juga mempunyai seorang bekas pondan yang sudah berubah kini aktif menarik golongan lain untuk turut berubah,†katanya.