Update 11:42 date 21/09/2018
BISNES | 13 Jul, 2018 | 00:00

AirAsia akan hubungkan Ipoh dengan hab selatan

Riad berkata buat permulaan, syarikat penerbangan itu akan menghubungkan Ipoh ke Johor Bahru, hab selatannya dan berharap dapat menyumbang kepada penambahan bilangan pelawat domestik selain mengukuhkan sektor pelancongan Perak. KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan memulakan operasi dari dan ke Ipoh tidak lama lagi, menjadikannya laluan domestik ke-16 syarikat penerbangan tambang rendah itu. “Kami teruja memperkenalkan […]

AirAsia akan hubungkan Ipoh dengan hab selatan

Riad berkata buat permulaan, syarikat penerbangan itu akan menghubungkan Ipoh ke Johor Bahru, hab selatannya dan berharap dapat menyumbang kepada penambahan bilangan pelawat domestik selain mengukuhkan sektor pelancongan Perak.

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan memulakan operasi dari dan ke Ipoh tidak lama lagi, menjadikannya laluan domestik ke-16 syarikat penerbangan tambang rendah itu.

“Kami teruja memperkenalkan laluan Ipoh dengan tambang rendah dan sambungan yang luas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat.

Beliau berkata buat permulaan, syarikat penerbangan itu akan menghubungkan Ipoh ke Johor Bahru, hab selatannya dan berharap dapat menyumbang kepada penambahan bilangan pelawat domestik selain mengukuhkan sektor pelancongan Perak.

“Kami tidak sabar lagi menyambut penerbangan pertama dari Johor ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh. Kami ada banyak lagi rancangan untuk laluan ini dan akan berkongsi maklumat mengenainya tidak lama lagi,” katanya.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/airasia-akan-hubungkan-ipoh-dengan-hab-selatan-180292
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA