Update 11:02 date 16/08/2018
BISNES | 20 Jul, 2018 | 06:04

AirAsia X kini pelanggan terbesar pesawat A330neo

AirAsia X membuat penambahan tempahan sebanyak 34 buah pesawat A330neo berikutan tempahan awal sebanyak 66 buah pesawat, menjadikan jumlah keseluruhan tempahan kepada 100 buah pesawat A330neo. – Foto AirAsia KUALA LUMPUR: AirAsia X kini menjadi pembeli terbesar di dunia, untuk pesawat A330neo dari Airbus. Ini berikutan, penambahan tempahan, pesawat terbaharu dari Airbus oleh AirAsia X, […]

AirAsia X kini pelanggan terbesar pesawat A330neo

AirAsia X membuat penambahan tempahan sebanyak 34 buah pesawat A330neo berikutan tempahan awal sebanyak 66 buah pesawat, menjadikan jumlah keseluruhan tempahan kepada 100 buah pesawat A330neo. – Foto AirAsia

KUALA LUMPUR: AirAsia X kini menjadi pembeli terbesar di dunia, untuk pesawat A330neo dari Airbus.

Ini berikutan, penambahan tempahan, pesawat terbaharu dari Airbus oleh AirAsia X, kepada syarikat pembekal utama pesawat penumpang itu.

Pengumuman penambahan sebanyak 34 buah pesawat tempahan baru ini dibuat di Pameran Udara Farnborough di UK oleh Datuk Kamarudin Meranun, yang juga merupakan pengasas syarikat AirAsia, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X.

Turut bersama Kamarudin dalam pengumuman ini, adalah Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X dan Eric Schulz, Ketua Pegawai Komersil Airbus.

Perjanjian terbaharu ini mengukuhkan kedudukan AirAsia X sebagai pelanggan penerbangan terbesar untuk A330neo, dengan jumlah pesawat yang ditempah oleh syarikat penerbangan itu meningkat kepada 100 buah pesawat.

Kesemua pesawat A330neo yang ditempah oleh AirAsia X adalah model A330-900, model yang besar berbanding pesawat A330neo yang lain.

Portal berita AFP hari ini melaporkan pesawat penumpang pertama itu dijangka tiba di pada penghujung tahun 2019 dan membolehkan syarikat penerbangan itu membuat penerbangan ke Eropah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes di satu sidang media.

“Sekarang, kami boleh terbang ke London … pesawat ini membolehkan kami membuat penerbangan ke Brazil, Namibia dan ke mana-mana sahaja,” petik portal berita itu.

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/airasia-x-kini-pelanggan-terbesar-pesawat-a330neo-180888
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA