Update 08:26 date 20/07/2018
HIBURAN | 02 Jul, 2018 | 05:12

Aizat: Malaysia jadi ‘cahaya’ kepada negara lain

“Terima kasih Tun (Dr Mahathir Mohamad) kerana menjadi inspirasi kepada semua dan menjadikan Malaysia antara yang dihormati seluruh dunia.” Inilah kata-kata Aizat Amdan ketika dihubungi Malaysiakini pada Jumaat lalu sejurus selepas muzik video beliau yang berjudul Harapan Jadi Nyata dilancarkan di YouTube. Lagu ini juga ditujukan kepada perdana menteri Dr Mahathir sempena hari jadi beliau […]

“Terima kasih Tun (Dr Mahathir Mohamad) kerana menjadi inspirasi kepada semua dan menjadikan Malaysia antara yang dihormati seluruh dunia.”

Inilah kata-kata Aizat Amdan ketika dihubungi Malaysiakini pada Jumaat lalu sejurus selepas muzik video beliau yang berjudul Harapan Jadi Nyata dilancarkan di YouTube.

Lagu ini juga ditujukan kepada perdana menteri Dr Mahathir sempena hari jadi beliau pada 10 Julai nanti.

Apabila ditanya mesej yang beliau ingin sampaikan kepada perdana menteri, Aizat berkata: “Saya harapkan lagu ini dapat saya sampaikan kepada Tun sebagai tribute.

“Ayah juga ingin sampaikan kirim salam kepada Tun walaupun kini masih berehat kerana angin ahmar.

“Dr Mahathir adalah sumber inspirasi kepada semua rakyat, saya berasa amat bersyukur. Saya berharap Tun dapat mencapai harapan beliau dan kita tidak tahu, Tun mungkin hidup sampai ke 200 tahun!” katanya.

Bapanya Datuk Amdan Mat Din, mengalami strok pada bahagian kiri otak pada Oktober tahun lalu.

Malaysia di mata dunia

Sejurus selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14, Aizat merasakan ‘gelombang’ yang berbeza khususnya dalam kunjungannya di luar negara. Rata-rata rakannya dari arena muzik berasa teruja dengan perubahan yang berlaku di Malaysia.

“Malaysia kini menjadi ‘cahaya’ kepada negara-negara lain. Bukan (hanya) kerana apa yang saya bacakan dari laporan akhbar, (tapi juga) ramai kawan dari Amerika Syarikat, Jerman memberitahu bahawa mereka teruja dengan apa yang kita berjaya lakukan di sini.

“Ini bermakna, walaupun terdapat pentadbiran yang sebesar gajah mammoth sekalipun, kita dapat mengatasinya dengan bersama. Malaysia menjadi contoh kepada dunia, terutamanya rakyat Amerika! Mereka juga mempunyai harapan seperti kita,” kata Aizat.

Ujar Aizat lagi, pentadbiran baru di bawah Dr Mahathir lagi seolah-olah mimpi.

“Bagaikan sebuah mimpi, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Inilah masa yang terbaik untuk Malaysia.”

https://www.malaysiakini.com/hiburan/432171
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA