SHAH ALAM – Aksi ‘comel’ Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ketika menjawab soalan pengacara cilik sebuah stesyen televisyen mencuit hati netizen.

Video pendek di Instagram astrogempak mendapat tontonan mencecah 37,825 penonton sehingga jam 11.15 malam itu mendapat pelbagai reaksi penonton termasuklah “Tun M dan Tun CT are so cute”.

Dalam video itu, pengacara cilik berkenaan mengajukan soalan teka-teki dalam banyak-banyak haiwan, haiwan mana yang paling kedekut kepada Dr Mahathir.

Dengan spontan, Dr Mahathir menjawab “Kucing” dengan aksi yang kelakar dan mencuit hati.