Update 03:53 date 20/08/2018
SUKAN | 20 Jul, 2018 | 04:08

Alisson penjaga gol termahal di dunia

ALISSON Bekcker menjadi penjaga gol paling termahal dalam sejarah selepas Liverpool mengesahkan telah mengikat pemain Brazil itu dari AS Roma dengan rekod perpindahan bernilai £65 juta (RM344 juta). Rekod perpindahan itu sekali gus mengatasi rekod pembelian Juventus terhadap Gianluigi Buffon pada 2001 yang bernilai £54 juta (RM251 juta). Alisson bersama jersi yang akan disarungnya ketika […]

ALISSON Bekcker menjadi penjaga gol paling termahal dalam sejarah selepas Liverpool mengesahkan telah mengikat pemain Brazil itu dari AS Roma dengan rekod perpindahan bernilai £65 juta (RM344 juta).

Rekod perpindahan itu sekali gus mengatasi rekod pembelian Juventus terhadap Gianluigi Buffon pada 2001 yang bernilai £54 juta (RM251 juta).

Alisson bersama jersi yang akan disarungnya ketika bersama Liverpool nanti

Alisson yang diikat selama enam tahun di Anfield dijangka mengambil alih tugas sebagai penjaga gol nombor satu daripada Loris Karius, yang menerima kritikan hebat atas kesilapannya dibolosi dua gol tidak sepatutnya dalam kekalahan 1-3 Liga Juara-Juara kepada Real Madrid pada Mei lepas.

Pemain Brazil itu membuat 37 penampilan Serie A musim lalu dan menyinar semasa membantu kelab itu mara ke separuh akhir UCL namun terkandas ekoran kekalahan 6-7 secara agregat kepada Liverpool.

“Saya sangat gembira, impian menjadi kenyataan apabila dapat menyarung jersi kelab berprestij yang mempunyai sejarah gemilang. Menyertai Liverpool merupakan langkah terbesar yang dibuat dalam hidup dan karier saya,” katanya.

Alisson teruja dapat menyarung jersi Liverpool

Sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu turut dilaporkan menjadi sasaran Real Madrid dan Chelsea berikutan persembahan cemerlangnya mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu serta bersama Brazil dalam Piala Dunia 2018.

Bos The Reds, Juergen Klopp berkata dia akan berasa kerugian jika tidak mendapatkan salah satu penjaga gol terbaik itu.

“Pada satu ketika dalam beberapa minggu lalu, peluang untuk menandatangani salah satu penjaga gol terbaik – saya tidak berfikir panjang,†ujarnya.

Klopp lega dapat mengikat Alisson sebagai pemain Liverpool

Komen anda

http://www.sukansinar.com/alisson-penjaga-gol-termahal-di-dunia/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA