Update 21:37 date 15/08/2018
BERITA | 17 Jul, 2018 | 08:08

Anggota polis wanita cedera dipukul bekas teman lelaki

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat (gambar) berkata pihaknya telah mengambil keterangan lelaki itu yang ditahan pada Ahad. KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis wanita cedera di muka dan beberapa bahagian badan selepas dipercayai dipukul bekas teman lelakinya di Taman Rasa Sayang di Batu 9, Cheras dekat sini. Dalam kejadian kira-kira 5.25 petang pada […]

Anggota polis wanita cedera dipukul bekas teman lelaki

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat (gambar) berkata pihaknya telah mengambil keterangan lelaki itu yang ditahan pada Ahad.

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis wanita cedera di muka dan beberapa bahagian badan selepas dipercayai dipukul bekas teman lelakinya di Taman Rasa Sayang di Batu 9, Cheras dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira 5.25 petang pada Sabtu lalu, mangsa dikatakan bertemu lelaki itu di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras untuk mengambil barang sebelum berlaku salah faham antara mereka.

Menurut sumber, lelaki yang juga anggota polis itu bertindak merampas telefon bimbit mangsa dipercayai untuk memadam gambar sebelum menumbuk serta menampar mangsa beberapa kali.

“Wanita tersebut kemudian dibawa dengan kereta oleh lelaki itu ke sebuah pasar raya berhampiran dan mangsa cuba untuk keluar daripada kenderaan itu tetapi dihalang,” kata sumber itu.

Wanita itu kemudian dibawa ke rumah sewa lelaki itu, dan mangsa dipukul dan kepalanya dihentak ke dinding sebelum suspek menghantarnya pulang ke rumah di PGA Cheras.

“Mangsa mengalami sesak nafas dan lebam di bahagian badan akibat kejadian itu,” kata sumber berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat, ketika dihubungi, berkata pihaknya telah mengambil keterangan lelaki itu yang ditahan pada Ahad sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Polis kini menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital sebelum mengambil tindakan lanjut, katanya. — Bernama

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anggota-polis-wanita-cedera-dipukul-bekas-teman-lelaki-180648
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA