Update 05:42 date 18/10/2018
POLITIK | 15 Sep, 2018 | 01:01

Anwar sendiri pilih bertanding di Port Dickson – Saifuddin

Kata Saifuddin, tidak timbul soal Port Dickson kawasan tidak selamat kerana sejarah PKR itu sentiasa menempuhi jalan sukar. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Keputusan memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson dibuat sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Katanya, Anwar memilih Port Dickson selepas tiga ahli […]

Anwar sendiri pilih bertanding di Port Dickson - Saifuddin

Kata Saifuddin, tidak timbul soal Port Dickson kawasan tidak selamat kerana sejarah PKR itu sentiasa menempuhi jalan sukar. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Keputusan memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson dibuat sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, Anwar memilih Port Dickson selepas tiga ahli Parlimen menulis kepada beliau dan menawarkan kerusi mereka untuk dikosongkan bagi memberi laluan kepada presiden PKR itu.

“Sebagai seorang yang kaya dengan pengalaman politik, saya percaya keputusan yang Datuk Seri (Anwar Ibrahim) buat itu adalah berdasarkan kepada alasan-alasan kuat dan munasabah.

“Sudah tentu alasan munasabah itu mengambil kira faktor kemenangan, dan penilaian itu dibuat sendiri oleh beliau, sudah tentu ia mengambil kira maklum balas yang diterima,” katanya kepada Astro AWANI.

Mengulas tentang dakwaan sesetengah pihak bahawa Port Dickson merupakan kawasan yang susah untuk dimenangi, Saifuddin menjelaskan sejak ditubuhkan PKR sentiasa menempuh jalan sukar.

“PKR ini lebih banyak menempuhi jalan sukar berbanding jalan mudah, tetapi PKR sebagai sebuah parti reformasi yang diasuh oleh Anwar, kami diajar mengambil sikap optimis,” katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berharap ‘pihak yang menetapkan’ Anwar bertanding di Port Dickson telah membuat kajian terperinci kerana kawasan tersebut tidak boleh dianggap selamat.

 

http://www.astroawani.com/berita-politik/anwar-sendiri-pilih-bertanding-di-port-dickson-saifuddin-185641
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA