Update 07:21 date 24/09/2018
SUKAN | 10 Aug, 2018 | 10:30

Apa yang dirombak demi kebaikan kelab – Safiq

Safiq Rahim PEMAIN tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim percaya tindakan kelab tersebut yang membuat rombakan besar-besaran terhadap barisan kejurulatihan adalah demi kebaikan pasukan tersebut. Sehubungan itu beliau yang melahirkan rasa kepercayaan dengan pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap semua pihak tidak bimbang sebaliknya berfikiran positif. “TMJ tahu apa yang mahu dilakukan. […]

Safiq Rahim

PEMAIN tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim percaya tindakan kelab tersebut yang membuat rombakan besar-besaran terhadap barisan kejurulatihan adalah demi kebaikan pasukan tersebut.

Sehubungan itu beliau yang melahirkan rasa kepercayaan dengan pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap semua pihak tidak bimbang sebaliknya berfikiran positif.

“TMJ tahu apa yang mahu dilakukan. Jika anda sedar dan mengamati sejarah sejak dari permulaan kelab pada tahun 2013 sampai ke hari ini, baginda melakukan perkara secara konsisten iaitu sentiasa berjaya membuktikan orang lain salah.

“Sejak awal tiada orang lebih tahu apa yang terjadi dalam kelab kecuali TMJ. Ramai juga yang tak yakin. Selalunya, ada saja macam-macam persepsi dan teori berkenaan JDT tetapi kejayaan pasukan hari ini adalah kerana seorang individu dan kita semua tahu siapa yang dimaksudkan.

“Berapa banyak jurulatih dan pemain yang datang dan pergi?,†katanya menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers, hari ini.

Dalam masa sama, pemain tengah kebangsaan itu turut mengharapkan akan adanya filem atau dokumentari yang menceritakan apa yang terjadi di belakang tabir JDT dan bagaimana individu berkenaan mengubah pasukan menjadi sebuah kelab hebat.

Terdahulu, tidak sampai 24 jam sebelum aksi kedua Kumpulan C Piala Malaysia bertemu Kedah malam ini, juara bertahan Piala Malaysia itu membuat kejutan apabila menukar ketua jurulatih dan penolong ketua jurulatihnya.

Jurulatih Johor Darul Ta’zim II (JDTII), Benjamin Mora dilantik ketua jurulatih buat kali kedua dan beliau akan dibantu Hamzani Omar yang turut bersamanya ketika mengendalikan JDTII serta bekas pemain, Luciano Figueroa selaku pengurus.

Sementara itu. kekosongan yang ditinggalkan Mora dan Hamzani menyaksikan jurulatih Johor Darul Ta’zim III (JDTIII), Ervin Boban dinaikkan pangkat mengendalikan JDTII dengan kapten JDTII, Shakir Shaari pula akan dihantar menjalani kursus kejurulatihan untuk menjadi pembantu.

 

 

 

 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/apa-yang-dirombak-demi-kebaikan-kelab-safiq/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA