PENGELUAR produk penjagaan kesihatan, Aroma Herbs Resources (Aroma Herbs) mengeluarkan produk baharunya, Super Lemon yang berada dalam pasaran awal Julai ini bagi memenuhi permintaan pengguna sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran.

Pengasas syarikat, Rabiatul Adawiyah Ibrahim berkata, Super Lemon merupakan produk penjagaan kesihatan yang bertindak tiga dalam satu yang mana ia membantu mengurangkan berat badan, memutih dan mencantikkan kulit.

Menurutnya, Super Lemon dijangka akan mendapat sambutan yang memberangsangkan berikutan penggunaan bahan dalam menghasilkan produk iaitu teh yang berkualiti, lemon dan stevia.

“Kami menjangkakan Super Lemon akan mendapat sambutan yang menggalakkan sekali gus menyumbang kepada perolehan syarikat pada masa depan yang kini mempunyai lima rangkaian Aroma Herbs. Kami mengunjurkan jualan untuk Super Lemon akan mencecah sehingga 100,000 unit sebulan menjelang suku keempat tahun ini,†katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pengenalan produk baharu syarikat bersempena majlis Rumah Terbuka Aroma Herbs, di Selangor.

Rabiatul berkata, Super Lemon yang dijual pada harga RM120 mempunyai 15 sachet menjalani kajian pembangunan dan penyelidikan selama setahun untuk memastikan gabungan bahan-bahan yang digunakan memberikan kesan yang baik kepada penggunanya.

“Kami menjangkakan Super Lemon bakal menjadi penyumbang terbesar kepada perolehan jualan syarikat dengan penguasaan sebanyak 50 peratus pada tahun depan, bakinya pula daripada produk B-Confident (30 peratus) dan juga produk lain.

“Produk popular B-Confident menjadi segmen terbesar mewakili penguasaan pasaran dengan sumbangannya sebanyak 60 peratus kepada perolehan jualan syarikat,” katanya.

Rabiatul Adawiyah berkata, Aroma Herbs turut menyasarkan perolehan jualan bagi kelima-lima produknya sebanyak 500,000 unit.  

“Selain faktor keunikan produk, komitmen daripada rangkaian pemasarannya turut menyumbang kepada peningkatan prestasi jualan pada masa depan.

“Syarikat juga menyasarkan penambahan ejen, sehingga kini, syarikat memiliki 1,200 ejen di seluruh negara dan melalui sokongan daripada rangkaian pengedaran yang aktif ini, misi syarikat pada tahun ini berjaya dicapai,” katanya.