Update 17:14 date 24/09/2018
SUKAN | 12 Jul, 2018 | 09:06

Arthur ‘cium’ lencana Barcelona

PEMAIN baharu Barcelona diperkenalkan pada Rabu. Kelab juara La Liga itu menyelesaikan perpindahan 27.5 juta pound untuk mendapatkan Arthur dari Gremio itu pada Isnin lalu. Pemain tengah berusia 21 tahun itu tiba di Sepanyol dan melawat Nou Camp ketika diperkenalkan Barcelona. “Saya sangat gembira. Ini adalah impian saya sejak kecil lagi. “Saya sentiasa membayangkan memakai […]

PEMAIN baharu Barcelona diperkenalkan pada Rabu.

Kelab juara La Liga itu menyelesaikan perpindahan 27.5 juta pound untuk mendapatkan Arthur dari Gremio itu pada Isnin lalu.

Pemain tengah berusia 21 tahun itu tiba di Sepanyol dan melawat Nou Camp ketika diperkenalkan Barcelona.

“Saya sangat gembira. Ini adalah impian saya sejak kecil lagi.

“Saya sentiasa membayangkan memakai jersi FC Barcelona. Hari ini sangat hebat.

“Ini adalah sebuah kelab berkaliber dan objektif saya ini membantu memenangi sebanyak yang boleh gelaran kerana sedar lencana ini sememangnya layak untuk itu.

“Saya dan rakan sepasukan akan memburu gelaran. Ini adalah impian setiap pemain,” jelasnya kepada Barca TV.

http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2018/07/12/arthur-barca
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA