MOHD. ISMAIL ABDUL AZIZ

Mohamad Ashran dan Kim Chyi yang merupakan penuntut Politeknik Shah Alam (PSA) dan penuntut Politeknik Tuanku Sulta­nah Bahiyah (PTSB) dipilih selepas mem­pamerkan aksi cemerlang dalam bidang su­kan sepanjang tahun lalu.

Kejayaan tersebut membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM3,000, piala serta sijil penghargaan.

Menurut Mohamad Ashran yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik, anugerah itu membakar semangatnya untuk terus berjaya dalam lapangan sukan khususnya hoki.

“Saya berjanji tidak akan mempersia-siakan peluang ini (mewakili negara) demi menjulang nama politeknik di persada antarabangsa,†katanya yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk menghadapi temasya Sukan Asia di Indonesia yang dijadual bermula 18 Ogos ini.

Kim Chyi pula bertekad untuk mempamerkan aksi cemerlang pada dua temasya yang akan berlangsung iaitu Sukan Malaysia di Perak dan Sukan Universiti ASEAN di Myanmar.

“Kejayaan memecah dua rekod kejohanan (acara bala­pan) pada Su­kipt (Sukan Institusi Pengajian Tinggi) lalu memberi semangat kepada saya untuk beraksi dengan lebih cemerlang selepas ini,†kata anak jati Kedah itu.

Atlet Lelaki Harapan pula dimenangi penuntut Politeknik Nilai Negeri Sembilan, Nor Putra Danial Azlan Noor Azlan menerusi sukan taekwando manakala Atlet Wanita Harapan menjadi milik Teoh Kim Ling (olahraga) dari PTSB.

Sementara itu, penuntut Politeknik Mersing Johor (PMJ), Mohamad Farhan Shukry Jamil muncul pemenang kategori Atlet Paralimpik menerusi sukan catur.

Kesemua anugerah disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ismail Abdul Aziz.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Sukan Politeknik, Mohamad Amin Hamat dan Pengerusi Pengelola Poly-SEA 2017 yang juga Pengarah PSP, Zulkifli Ariffin.

Sementara itu, Pasukan Terbaik dimena­ngi pasukan futsal Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Ikon Sukan (Kamaruddin Misman dari Alumni Politeknik), Tokoh Sukan Politeknik (Abdul Karim Jaafar) serta beberapa anugerah lain.

Terdahulu, Mohd. Ismail me­ngakui ber­puas hati dengan pencapaian atlet-atlet politeknik sekali gus membuktikan institusi berke­naan juga setanding institusi pengajian tinggi lain dalam melahirkan atlet pelapis negara.