Update 08:44 date 16/10/2018
SUKAN | 11 Oct, 2018 | 15:31

Azlan tak hirau West

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman tidak menghiraukan kontroversi yang melanda pencabar utama SuperSports 600cc, Anthony West sebaliknya fokus meraih kemenangan pada perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di LitarAntarabangsa Sentul, 12 hingga 14 Oktober ini. Ini berikutan isu melibatkan pelumba Australia itu yang digantung oleh Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) berkait isu ujian bahan […]

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman tidak menghiraukan kontroversi yang melanda pencabar utama SuperSports 600cc, Anthony West sebaliknya fokus meraih kemenangan pada perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di LitarAntarabangsa Sentul, 12 hingga 14 Oktober ini.

Ini berikutan isu melibatkan pelumba Australia itu yang digantung oleh Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) berkait isu ujian bahan terlarang yang akan menjejaskan aksi pendahulu keseluruhan itu pada minggu ini.

Menurut Azlan, dia ada membaca mengenai isu tersebut namun tidak dapat dipastikan sejauh mana penggantungan ke atas pelumba itu akan mula berkuatkuasa.

“Saya tidak pasti sama ada dia (West) akan beraksi ataupun tidak. Tidak ada berita khusus mengenainya terutama bilakah hukuman itu akan mula dilaksana ataupun masih perlu menunggu ujian berikutnya sebelum segalanya dikuatkuasa.

“Lagipun, jika benar dia digantung dan tidak boleh beraksi, saya tidak pasti adakah hukuman yang akan diterimanya akan menjejaskan jumlah kutipan mata yang dipungutnya ketika ini.

“Apa yang penting kepada saya pada minggu ini adalah hanya fokus kepada perlumbaan dan cuba untuk memenangi kedua-dua perlumbaan,” jelas pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu.

“Perlumbaan minggu ini sangat penting kepada saya. Ini adalah peluang terbaik untuk merapatkan jurang pungutan mata ketika ini. Selain mendapat sokongan penyokong di Malaysia, sokongan penyokong tuan rumah kepada pasukan ini juga pasti meningkatkan semangat saya untuk menang minggu ini.”

Selepas empat pusingan, juara bertahan itu kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan 85 mata manakala West di tangga teratas dengan 136 mata.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/azlan-tak-hirau-west/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA