Update 01:59 date 23/07/2018
SUKAN | 12 Jul, 2018 | 06:30

Bahana pandang rendah keupayaan lawan

Pemain Selangor, Abdul Halim Zainal cuba mengasak pemain Kelantan, Shafiq Shaharudin (kiri) ketika perlawanan itu PENOLONG Jurulatih Selangor, Rusdi Suparman menyifatkan sikap memandang rendah keupayaan lawan antara punca pasukannya pulang dengan mata kosong dari Kota Bharu, malam tadi. Jelasnya, tindakan ini memberi padah buat Selangor walaupun berdasarkan prestasi semasa kita berada dikedudukan lebih tinggi berbanding […]

Pemain Selangor, Abdul Halim Zainal cuba mengasak pemain Kelantan, Shafiq Shaharudin (kiri) ketika perlawanan itu

PENOLONG Jurulatih Selangor, Rusdi Suparman menyifatkan sikap memandang rendah keupayaan lawan antara punca pasukannya pulang dengan mata kosong dari Kota Bharu, malam tadi.

Jelasnya, tindakan ini memberi padah buat Selangor walaupun berdasarkan prestasi semasa kita berada dikedudukan lebih tinggi berbanding Kelantan.

“Pemain memandang rendah keupayaan lawan dan inilah hasilnya apabila setiap kali beraksi sikap seumpama ini ada dalam diri pemainâ€jelasnya.

Mengulas prestasi peledak berbisa Selangor, Rufino Segovia yang dilihat gagal mempamerkan aksi sebenar, Rusdi mengakuinya dan mungkin sedikit kepenatan.

“Kadang- kadang setiap pemain itu ada dia punya waktu dapat mencapai sentuhan yang sempurna, saya difahamkan mungkin disebabkan jarak final FA Sabtu lalu memberi kesan.

“Lawan berjaya memanfaatkan kelebihan tersebut untuk memastikam tiga mata milik tuan rumah,†ujarnya.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu itu, tuan rumah meraih kemenangan tipis 2-1 menewaskan Selangor.

Kelantan mendahului pelawat pada minit ke 34 menerusi Shafiq yang merembat kencang dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Fakhrulzaman Wan Zawawi.

Namun Selangor berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-77 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti melalui pemain gantian Sean Selvaraj yang menewaskan penjaga gol Shahrizan Ismail.

Kelantan bagaimanapun memastikan kemenangan menerusi Danial Asyraf pada minit ke-85 selepas menerima lorongan cantik Baktyiar Duishobekov.

 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/bahana-pandang-rendah-keupayaan-lawan/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA