BALING – Seorang lelaki mengalami kecederaan ringan di tangan, kaki dan kepala selepas lori balak dipandu terbalik ketika melalui simpang tiga Kuala Pegang, Jalan Lama Baling – Sungai Petani, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, dalam kejadian jam 6 pagi itu, lori berkenaan hilang kawalan apabila pemandu lori gagal mengawal kenderaan ketika membelok ke arah laluan Parit Panjang.

“Kejadian itu menyebabkan muatan balak berselerak di atas jalan. Kerja-kerja pengalihan dan pembersihan dilakukan majikan pemandu bagi mengelak kesesakan lalu lintas,†katanya.