Update 17:34 date 21/09/2018
HIBURAN | 02 Jul, 2018 | 05:12

Bayangkanlah, Ternyata Cinta dan Begitu Indah dengan Padi Reborn

Selepas menyepi selama kira-kira tujuh tahun, kumpulan Padi muncul kembali lalu memukau kira-kira 2,000 penonton yang mengisi ruang di KL Live Centre, di tengah ibu kota dengan persembahan bertenaga malam tadi. Vokal yang konsisten dilontarkan Fadly serasa tidak berubah dan membawa perasaan sebahagian penonton seperti ke belakang selama 15 tahun, apabila Padi mengadakan persembahan di […]

Selepas menyepi selama kira-kira tujuh tahun, kumpulan Padi muncul kembali lalu memukau kira-kira 2,000 penonton yang mengisi ruang di KL Live Centre, di tengah ibu kota dengan persembahan bertenaga malam tadi.

Vokal yang konsisten dilontarkan Fadly serasa tidak berubah dan membawa perasaan sebahagian penonton seperti ke belakang selama 15 tahun, apabila Padi mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Reaksi penonton sepanjang konsert Padi Reborn Live Exclusive in KL itu membayangkan perjalanan mereka tidak akan terhenti pada 30 Jun, sebaliknya berterusan jauh ke depan.

Menyampaikan 17 lagu, Padi Reborn membuka tirai dengan dendangan Sang Penghibur sebagai mukadimah sebelum menyanyikan Begitu Indah.

“Ini sebuah kenangan besar Padi Reborn bisa kembali lagi selepas tujuh tahun panjang.

“Apakah kalian merindukan kami? Malam ini bisa jadi malam begitu indah,†kata Fadly.

Padi Reborn – dulunya dikenali sebagai Padi – kekal dibarisi anggota sama iaitu Piyu (gitar), Ari (Gitar), Rindra (Bass) dan Yoyo (Drum).

Ditubuhkan pada 1997, band terbabit lebih banyak membuat kemunculan bersama pemuzik lain sewaktu membuat persembahan di Malaysia sebelum ini.

Peminat turut menyanyi mengikut irama yang diperdengarkan dan suasana semakin hangat apabila mereka juga menari sambil bertepuk tangan sepanjang tempoh dua jam konsert berlangsung.

Pada akhir persembahan – sambil mengibarkan bendera Malaysia – Padi Reborn mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang hadir dan berharap mereka tidak akan berhenti menyokong karier muzik kumpulan berkenaan.

https://www.malaysiakini.com/hiburan/432162
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA