Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang lelaki setelah mendapati terdapat beg kertas tergantung di cermin sisi sebuah kereta pada pukul 12.15 tengah malam.

Difahamkan, bayi tersebut ditinggalkan sebelum jam 8.30 malam tadi dan ketika ditemui, bayi itu dalam keadaan kesejukan dan kelaparan.

Bayi terbabit dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Rani Alias ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan tersebut. – UTUSAN ONLINE