Tertuduh, Sayed Salam Abu Bakar Sidek, 31, didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan menerusi pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap Lolo Fadel Ibrahim Ashour di Monkey Beach, Teluk Bahang di sini, pukul 3.30 petang 30 Julai lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua – duanya, namun tiada pengakuan direkodkan. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Christhoper Enteri Mawan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 15 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE