Update 13:26 date 18/09/2018
HIBURAN | 14 Sep, 2018 | 15:00

Bekas isteri Ally Iskandar bawa anak sambung belajar di UK

Memilih Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom, Farah turut membawa anak tunggalnya, Maream Esabel untuk bersama-samanya. SEMPENA kedatangan Awal Muharam, bekas isteri kepada pengacara televisyen popular Ally Iskandar, Farah Lee berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Memilih Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom, Farah turut membawa anak tunggalnya, […]

Bekas isteri Ally Iskandar bawa anak sambung belajar di UK

Memilih Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom, Farah turut membawa anak tunggalnya, Maream Esabel untuk bersama-samanya.

SEMPENA kedatangan Awal Muharam, bekas isteri kepada pengacara televisyen popular Ally Iskandar, Farah Lee berhijrah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

Memilih Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom, Farah turut membawa anak tunggalnya, Maream Esabel untuk bersama-samanya.

“Hijrah aku pada tarikh hijrah Nabi. Salam Maal Hijrah.

“Moga ini penghijrahan yang membagi kebaikan,” tulisnya ringkas di Instagram.

 
 
 

 
View this post on Instagram

 
 
 
 

 
 

 
 
 

. Hijrah aku pada tarikh hijrah Nabi. Salam Maal Hijrah. Moga ini penghijrahan yang membagi kebaikan. 100918. . #FLstudies #FLinUK #FLchampioningchildhood #ommareamUK

A post shared by F. L. (@farahlee_) on

Sep 10, 2018 at 4:26am PDT

 

Farah dan Maream akan menetap selama setahun di United Kingdom sehingga tamat pengajian.

Perkongsian itu mendapat doa daripada rakan artis dan peminatnya.

Malah, lebih menarik apabila Ally turut memuat naik sekeping foto bersama anak perempuannya di lapangan terbang sebelum mereka berlepas.

“Duhai anak,” tulisnya ringkas bersama ruangan komen yang telah ditutup.
 

http://www.astroawani.com/berita-hiburan/bekas-isteri-ally-iskandar-bawa-anak-sambung-belajar-di-uk-185577
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA