TUN ZAKI AZMI
TUN ZAKI AZMI

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam satu kenyataan berkata, lantikan bekas Ketua Hakim Negara sebagai Pro-Canselor dibuat oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

“Beliau memiliki kelulusan undang-undang dari Lincoln’s Inn London dan Barrister-at-Law (1969). Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Peguam Negara selama 15 tahun sebelum menjadi peguam bela dan peguam cara di salah sebuah firma guaman terkemuka di ibu negara.

“Beliau bukanlah tokoh yang asing bagi USIM kerana telah menyumbang pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan kurikulum program akademik di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) sejak 2011 apabila dilantik sebagai Profesor Adjung,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Zaki turut menjadi panel penasihat program Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang sewaktu lawatan pengiktirafan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang pada November 2013 serta sering berkongsi idea melalui syarahan undang-undang kepada pelajar dan staf akademik FSU.

Jelas kenyataan itu, majlis pengisytiharan pelantikan Zaki sebagai Pro-Canselor USIM akan disempurnakan oleh  Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud pada November ini sempena Majlis Konvokesyen USIM ke-16. – UTUSAN ONLINE