Update 08:17 date 17/08/2018
BERITA | 06 Aug, 2018 | 06:04

Bekas personaliti TV, Ishak Nengah meninggal dunia

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Aishah Ali dan tiga orang anak, Johan (Joe Flizzow), 38 tahun, Ashraf, 35 tahun, dan Iman, 28 tahun. – Gambar Astro AWANI KUALA LUMPUR: Bekas personaliti televisyen, Ishak Nengah meninggal dunia selepas bertarung dengan barah hidung atau nasopharyngeal carcinoma (NPC) sejak lima tahun lalu, di Hospital Universiti, Petaling Jaya sekitar jam […]

Bekas personaliti TV, Ishak Nengah meninggal dunia

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Aishah Ali dan tiga orang anak, Johan (Joe Flizzow), 38 tahun, Ashraf, 35 tahun, dan Iman, 28 tahun. – Gambar Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Bekas personaliti televisyen, Ishak Nengah meninggal dunia selepas bertarung dengan barah hidung atau nasopharyngeal carcinoma (NPC) sejak lima tahun lalu, di Hospital Universiti, Petaling Jaya sekitar jam 12.35 tengah hari tadi.

Menurut adik ipar Allahyarham, Saleha Ali ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi, Ishak, 65 tahun, dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Universiti sekitar jam 3 pagi tadi selepas mengalami kesukaran bernafas.

“Allahyarham menghidap barah (tahap empat) dan barahnya sudah mula merebak termasuk ke tulangnya,” kata Saleha.

Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya, Selangor dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan USJ22, Subang Jaya selepas solat Asar.

Dilahirkan di Bota Kanan, Perak, Allahyarham Ishak pernah berkhidmat sebagai wartawan di akhbar kumpulan The New Straits Times Press dari tahun 1972 hingga 1977 sebelum menjadi pengacara di syarikat penyiaran swasta TV3 tidak lama selepas itu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Aishah Ali dan tiga orang anak, Johan (Joe Flizzow), 38 tahun, Ashraf, 35 tahun, dan Iman, 28 tahun.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekas-personaliti-tv-ishak-nengah-meninggal-dunia-182325
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA