Kenderaan Proton Inspira berwarna merah membawa Najib itu diiringi beberapa kenderaan pengiring SPRM dan polis itu dikatakan menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Ahli Parlimen Pekan itu dijangka berhadapan lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Najib akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Dua yang bertempat di Aras 4, sayap kanan kompleks mahkamah itu.

Difahamkan kes berkenaan akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen paling kanan, Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudian akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi satu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Peguam Negara yang baharu, Tommy Thomas akan mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu.

Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam kenyataan semalam menyatakan bekas Perdana Menteri itu ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta pukul 2.35 petang susulan siasatan SRC Internatio­nal dan akan didakwa pukul 8.30 pagi. – UTUSAN ONLINE