Update 07:38 date 20/09/2018
SUKAN | 08 Sep, 2018 | 02:30

Belgium makin tajam – Martinez

PENGENDALI Belgium, Roberto Martinez memuji aksi yang dipamerkan anak buahnya selepas menundukkan Scotland 4-0 dalam perlawanan persahabatan, awal pagi tadi. Menurutnya, barisan serangan yang diketuai Romelu Lukaku cukup tajam walaupun tanpa kelibat beberapa pemain seperti Kevin De Bruyne dan Christian Benteke. “Kami sangat sempurna dan menggunakan beberapa kesilapan yang dilakukan Scotland untuk meledak gol. “Pujian […]

PENGENDALI Belgium, Roberto Martinez memuji aksi yang dipamerkan anak buahnya selepas menundukkan Scotland 4-0 dalam perlawanan persahabatan, awal pagi tadi.

Menurutnya, barisan serangan yang diketuai Romelu Lukaku cukup tajam walaupun tanpa kelibat beberapa pemain seperti Kevin De Bruyne dan Christian Benteke.

“Kami sangat sempurna dan menggunakan beberapa kesilapan yang dilakukan Scotland untuk meledak gol.

“Pujian harus diberikan kepada pemain yang cukup tajam di depan gol dan ini merupakan persediaan terbaik untuk menghadapi saingan Liga Negara-Negara UEFA,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Romelu Lukaku membuka jaringan buat Belgium pada minit ke-28 disusuli Eden Hazard pada minit ke-46 sebelum Michy Batshuayi meledak dua gol pada minit ke-52 dan 60.

Belgium akan menetang Iceland dalam aksi pembukaan saingan Liga Negara-Negara berdepan Iceland, Selasa ini.

Mengulas lanjut, kata Martinez, dia mengharapkan persembahan sama dapat dipamerkan pemainnya ketika berdepan Iceland sekali gus meraih kemenangan pertama dalam saingan liga itu.

“Sudah tentu kami mencari kemenangan. Tetapi Iceland bukan mudah untuk ditewaskan dan kami akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/belgium-makin-tajam-martinez/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA