Update 04:32 date 21/09/2018
BERITA | 02 Jul, 2018 | 04:16

Belgium tetap waspada

Martinez mengingatkan pemainnya agar lebih berhati-hati ketika bertemu Jepun pada aksi kalah mati di Rostov Arean nanti MESKIPUN laluan buat Belgium mara ke suku akhir kempen Piala Dunia pada edisi kali ini tampak lebih mudah, namun skuad kendalian Roberto Martínez itu tetap berhati-hati terhadap ancaman yang bakal diberikan naib juara Kumpulan H, Jepun pada aksi […]

Martinez mengingatkan pemainnya agar lebih berhati-hati ketika bertemu Jepun pada aksi kalah mati di Rostov Arean nanti

MESKIPUN laluan buat Belgium mara ke suku akhir kempen Piala Dunia pada edisi kali ini tampak lebih mudah, namun skuad kendalian Roberto Martínez itu tetap berhati-hati terhadap ancaman yang bakal diberikan naib juara Kumpulan H, Jepun pada aksi pusingan kalah mati di Rostov Arena, awal pagi Selasa nanti.

Malah pertemuan itu juga menjadi medan terbaik buat skuad The Red Devils untuk mengubah ‘generasi emas’ yang memiliki bakat individu dan ego yang besar bersama kelab untuk menjadi pasukan besar yang benar-benar mencerminkan kedudukan mereka sebagai lima pasukan terbaik dunia.

Martinez berkata, peluang berdepan Jepun dengan mentaliti sedia ada adalah detik yang amat positif buat mereka, bagaimanapun pasukan tidak boleh terlalu gantung kepada bakat individu ketika menentang skuad Samurai Biru yang begitu tersusun dan mungkin akan memakan diri.

“Mereka pasukan yang kompetitif dan tahu bagaimana untuk mencetus masalah kepada kami menerusi serangan balas pantas. Jadi pemain perlu lebih berhati-hati dan tidak sesekali melakukan kesilapan yang mengundang padah.

“Kami percaya dan yakin… tiada ruang untuk kesilapan namun kami akan lakukan apa yang kami percaya untuk mara ke pusingan seterusnya nanti.†katanya.

Dalam pada itu, Martinez menjangkakan kembali menagih khidmat jentera serangannya Dries Mertens selepas diketepikan pada aksi terakhir saingan kumpulan G bertemu England.

The Red Devil yang masih mengekalkan rekod cemerlang tanpa kalah dalam 22 perlawanan ketika ini, dilihat memiliki peluang lebih cerah untuk mara ke saingan suku akhir apatah lagi mereka pernah menumpaskan Jepun pada aksi persahabatan di Belgium, November tahun lalu hasil jaringan Romelu Lukaku yang kini telah meledakkan empat gol pada saingan Piala Dunia kali ini.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/belgium-tetap-waspada/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA