IPOH – Pasaraya Besar Mydin Meru Raya, di sini, menjadi pasaraya Mydin pertama yang mempunyai tarikan permainan baharu untuk kanak-kanak iaitu Berry Land.

Dibawakan oleh Berry Enterprise Management (M) Sdn Bhd, Berry Land berkonsepkan pusat hiburan sekeluarga akan memberikan pengalaman menyeronokkan buat kanak-kanak dan ibu bapa.

Pengarah Urusan Berry Enterprise Management (M) Sdn Bhd, Mohammad Riaz Shareef berkata, pihaknya mengalu-alukan sokongan pengurusan Mydin Mohamed Holding Berhad bagi memberikan sesuatu yang baharu kepada pengunjung pasaraya Mydin.

“Ini merupakan pelancaran yang pertama di Mydin dan kita mengambil peluang ini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Mydin serta pelanggan mereka.

“Mydin akan sentiasa menjadi pilihan nombor satu kami untuk memperkenalkan produk-produk baru,†katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Berry Land di Mydin Meru Raya, di sini, kelmarin.

Katanya, antara tarikan menarik di Berry Land ini, pengunjung berpeluang menaiki Berry Express – Kereta api Tanpa Trek Sekeluarga.

Mohammad Riaz berkata, pihaknya sudah menyediakan kemudahan berkenaan sejak 23 Mac lagi di Mydin Meru Raya dan berjaya menarik hati pengunjung di pasar raya itu.

Beliau berkata, selain itu Berry Land turut dilengkapi dengan Bungee Jumping Trompoline boleh alih, 4X1 Flat Trampoline, Bumper Car yang dioperasi menggunakan bateri dan banyak lagi.

Menurutnya, kesemua peralatan tersebut dibawa khas dari negara Amerika Syarikat, Ireland dan China.

Sementara itu, Pengurus Wilayah Zon Utara Mydin Mohamed Holding, Vishnu Varthana yang ditemui media berkata, kehadiran Berry Land memberikan peluang kepada pengunjung ke pasaraya

Mydin untuk bersantai bersama keluarga.

Katanya, pasaraya Mydin bukan sekadar tempat membeli belah tetapi juga tempat untuk orang ramai beriadah dan bersantai dari sekecil-kecil kanak-kanak hinggalah dewasa.

“Kita berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Berry Land dan perkhidmatan yang disediakan mendapat sambutan baik dalam kalangan pengunjung yang purata sehari pada hujung minggu

mencecah 7,000 orang.

“Jadi kita mahu orang bukan sahaja ingat Mydin sebagai tempat membeli belah tetapi juga sebagai tempat mereka sekeluarga beriadah dan menghabiskan masa,†katanya.

Dalam pada itu, Berry Land akan bergerak ke Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada awal Ogos ini.