Hakikatnya, LRT, MRT, monorel dan komuter dapat me­ngurangkan kesesakan serta memudahkan urusan perjalanan harian. Sistem pengangkutan ini semakin mendapat perhatian. Justeru amat perlu sistem ini diperluas dan dipertingkatkan.

Berikutan pengurangan kos, tempoh siap dilanjutkan dari 2020 kepada 2024. Begitu juga tempahan 42 set kereta api enam koc dikurangkan kepada 22 set tiga koc. Diharapkan, keputusan itu telah mengambil kira keperluan masa akan datang supaya tidak timbul kos tambahan dalam tempoh pelaksanaannya.

Bagi pengguna, apa yang penting, laluan sepanjang 37 kilo­meter diteruskan bagi memenuhi keperluan pengangkutan darat. Sama ada kos dikurangkan atau tidak, perkara utama adalah projek itu dilaksanakan sekarang bukannya mengambil sikap tunggu dan lihat. Mungkin jika dilewatkan, kosnya akan meningkat.

Awang berharap pengurangan kos yang turut melibatkan pe­nangguhan pembinaan lima stesen bukanlah satu kesilapan. Maksudnya, keputusan yang dibuat telah mengambil kira keper­luan penumpang dan pembangunan beberapa tahun akan da­tang di kawasan yang terlibat dengan laluan LRT3 ini.

AWANG – Menanti MRT ke Putrajaya.