Update 07:38 date 20/09/2018
POLITIK | 13 Aug, 2018 | 23:00

Buktikan tuduhan! – Tun M

TUN M: Mereka harus meminta orang yang memulakan tuduhan itu unrtuk membuktikannya.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dakwaan bahawa beliau mempunyai agenda menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri seterusnya sebagai satu tuduhan tidak berasas. Katanya, beliau tidak mempunyai urusan untuk masuk campur dalam hal ehwal dalaman […]

Buktikan tuduhan! - Tun M

TUN M: Mereka harus meminta orang yang memulakan tuduhan itu unrtuk membuktikannya.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan dakwaan bahawa beliau mempunyai agenda menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri seterusnya sebagai satu tuduhan tidak berasas.

Katanya, beliau tidak mempunyai urusan untuk masuk campur dalam hal ehwal dalaman parti politik lain.

“Itu tuduhan yang ‘baik’,” kata Dr Mahathir dalam nada sinis.

“Mereka harus meminta orang yang memulakan tuduhan itu unrtuk membuktikannya. Saya tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun tentang perkara ini malah tidak masuk campur dalam perkara itu,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

 
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan adakah benar dakwaan bahawa beliau dan Tun Daim Zainuddin terlibat dalam komplot menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri yang akan datang.
 
Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) pada Isnin di Putrajaya.

http://www.astroawani.com/berita-politik/buktikan-tuduhan-tun-m-182893
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA