Update 21:36 date 15/08/2018
SUKAN | 17 Jul, 2018 | 04:02

Cahill ‘gantung but’ bersama Australia

Tim Cahill PENJARING terbanyak sepanjang zaman Australia, Tim Cahill mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak antarabangsa hari ini selepas membuat 107 penampilan bersama skuad Socceroos. Piala Dunia di Rusia merupakan penampilan terakhir penyerang berusia 38 tahun itu apabila dia masuk sebagai pemain gantian dalam aksi terakhir kumpulan berdepan Peru. “Hari ini secara rasminya saya menggantung […]

Tim Cahill

PENJARING terbanyak sepanjang zaman Australia, Tim Cahill mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak antarabangsa hari ini selepas membuat 107 penampilan bersama skuad Socceroos.

Piala Dunia di Rusia merupakan penampilan terakhir penyerang berusia 38 tahun itu apabila dia masuk sebagai pemain gantian dalam aksi terakhir kumpulan berdepan Peru.

“Hari ini secara rasminya saya menggantung but daripada saingan antarabangsa bersama Socceroos.

“Tidak ada kata yang dapat menggambarkan makna mewakili negara. Terima kasih kepada anda semua yang menyokong karier saya sepanjang memakai lencana Australia di dada,” katanya yang menjaringkan 50 gol sepanjang mewakili skuad Australia.

Bekas penyerang Everton itu yang muncul antara pemain terhebat Australia, bagaimanapun tidak menyatakan statusnya di peringkat kelab.

Dia menyertai Millwall dalam saingan Liga Kejuaraan England dengan kontrak jangka pendek bermula Januari lalu selepas meninggalkan kelab dari Australia, Melbourne City dalam usahanya mendapatkan tempat ke Piala Dunia.

Cahill, yang dilahirkan di Sydney oleh ibunya yang mempunyai kerakyatan Samoa, memulakan karier antarabangsanya untuk pasukan bawah-20 Western Samoa dan hanya menjadi sebahagian daripada Socceroos pada 2004 selepas berjaya melobi kepada FIFA.

Dua tahun kemudian di Jerman, dia muncul pemain pertama dari Australia menjaringkan gol di Piala Dunia, dan terus menjaringkan gol di dua Piala Dunia seterusnya pada 2010 dan 2014.

 

Komen anda

http://www.sukansinar.com/cahill-gantung-but-australia/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA