Update 21:08 date 15/10/2018
TEKNOLOGI | 21 Sep, 2018 | 15:02

Canon lancar EOS R, kamera bingkai penuh tanpa cermin dengan fungsi DLSR

Sistem EOS R merevolusikan kembali pengalaman fotografi dengan keupayaan optikal yang baru dan prestasi lebih baik. KUALA LUMPUR: Kamera tanpa cermin ataupun mirrorless, semakin mencuri tumpuan dan menjadi pilihan ramai peminat dan jurufoto profesional. Untuk tujuan itu, Canon Marketing (Malaysia) melancarkan rangkaian kamera EOS R, yang hadir dengan ciri-ciri fungsi kamera digital lensa tunggal (DSLR) […]

Canon lancar EOS R, kamera bingkai penuh tanpa cermin dengan fungsi DLSR

Sistem EOS R merevolusikan kembali pengalaman fotografi dengan keupayaan optikal yang baru dan prestasi lebih baik.

KUALA LUMPUR: Kamera tanpa cermin ataupun mirrorless, semakin mencuri tumpuan dan menjadi pilihan ramai peminat dan jurufoto profesional.

Untuk tujuan itu, Canon Marketing (Malaysia) melancarkan rangkaian kamera EOS R, yang hadir dengan ciri-ciri fungsi kamera digital lensa tunggal (DSLR) yang mewah.

Sistem EOS R hadir dengan keupayaan optikal yang baru dan prestasi lebih baik dengan empat buah lensa RF khas, tiga jenis RF mount adapter dan pemegang bateri.

EOS R juga merupakan kamera pertama dengan sambungan 12 pin yang menawarkan sistem komunikasi pantas di antara lensa dan kamera yang dikatakan mesra pengguna.

Ia membolehkan fokus, pengezuman dan penetapan bukaan (aperture) yang lebih baik, demi mendapatkan kualiti imej yang berkualiti tinggi dengan sensor CMOS 30.3 megapiksel.

Wakil Canon Marketing (Malaysia) kedua dari kiri, Jeffrey Kung - Head of Consumer Imaging and Information Group, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd, Andrew Koh, President & Chief Executive Officer of Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd dan Edward Chang - Head of Marketing, Imaging Communications Products Division, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. menunjukkan keluaran terbaharu syarikat itu.

Menurut Canon, EOS R dapat menawarkan kelajuan auto focus terpantas di dunia iaitu 0.05 saat.

Canon juga memastikan rangkaian terbaru ini kekal dalam ekosistem EOS yang luas apabila direka agar boleh dipadankan dengan rangkaian lensa EF dan EF-S.

Selain itu, lensa prime EF-M khas untuk rangkaian EOS R juga diperkenalkan berserta dua lensa super telephoto EF.

http://www.astroawani.com/berita-teknologi/canon-lancar-eos-r-kamera-bingkai-penuh-tanpa-cermin-dengan-fungsi-dlsr-186104
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
Tag Berkaitan:
KOMEN ANDA