Update 08:24 date 20/07/2018
SUKAN | 02 Jul, 2018 | 05:40

Chong Wei juara Terbuka Malaysia kali ke-12

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menambah koleksi kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-12 selepas menumpaskan Kento Momota dari Jepun pada aksi final di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil hari ini. Pada final penuh  mendebarkan itu, Chong Wei mempamerkan aksi agresif pada set pertama untuk menang 21-17, kemudian hampir membawa perlawanan kepada set penentuan apabila terikat 21-21 pada set kedua. […]

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menambah koleksi kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-12 selepas menumpaskan Kento Momota dari Jepun pada aksi final di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil hari ini.

Pada final penuh  mendebarkan itu, Chong Wei mempamerkan aksi agresif pada set pertama untuk menang 21-17, kemudian hampir membawa perlawanan kepada set penentuan apabila terikat 21-21 pada set kedua.

Namun, mata terakhir memihak kepada Chong Wei apabila beliau mencabar keputusan itu ketika sedang mendahului 22-21 dalam pertarungan sengit berkesudahan dengan kemenangan 23-21.

Chong Wei berkata bukan mudah​​​ menjadi pemain konsisten memenangi sesuatu kejohanan bertaraf Siri Super sebanyak 12 kali, dan berharap kejayaaan itu berterusan dengan kemenangan pada kejohanan penting selepas ini seperti Terbuka Indonesia, Kejohanan Dunia dan misi menamat kemarau pingat emas di Sukan Asia Indonesia.

“Memang puas, bukan senang menang sesuatu kejohanan besar sebanyak 12 kali. Bagi saya Terbuka Malaysia kali ini saya berasa lebih tertekan kerana ramai pemain terkemuka dunia beraksi dan pemain muda yang hebat di sini.

“Jumpa Momota bukan mudah, beliau seorang pemain berbakat besar. Saya pernah kalah kepadanya sebelum ini.

“Hari ini saya hanya fokus kepada permainan sendiri dan yang penting jangan putus asa. Tahap kecergasan hari ini berkelebihan kepada saya…anak-anak  dan isteri banyak memberi sokongan kepada saya, begitu juga jurulatih serta penyokong,” katanya selepas perlawanan.

Chong Wei seterusnya berharap rekod luar biasa 12 kali bergelar juara Terbuka Malaysia akan dipecahkan pemain lain, pada masa akan datang.

Bernama

https://www.malaysiakini.com/sukan/432177
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA