Update 08:25 date 20/07/2018
SUKAN | 02 Jul, 2018 | 05:20

Chong Wei tegur Iskandar kerana masalah disiplin

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menasihatkan pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin agar mengubah sikap dan menjadi contoh kepada pemain muda yang lain. Chong Wei berkata Iskandar tidak boleh merokok semasa menyertai kejohanan seperti Piala Thomas, Bangkok, Thailand dan seharusnya sedar dengan kesan kelakuannya itu. Semalam Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk […]

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menasihatkan pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin agar mengubah sikap dan menjadi contoh kepada pemain muda yang lain.

Chong Wei berkata Iskandar tidak boleh merokok semasa menyertai kejohanan seperti Piala Thomas, Bangkok, Thailand dan seharusnya sedar dengan kesan kelakuannya itu.

Semalam Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memaklumkan bahawa Iskandar digugurkan daripada senarai pemain badminton ke Sukan Asia Indonesia pada Ogos ini selepas didapati merokok dan tidak hadir latihan.

“Disiplin adalah paling penting. Perkara yang saya belajar daripada Jurulatih Misbun (Datuk Misbun Sidek) ialah jaga disiplin. Jurulatih memang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemain yang ada masalah disiplin.

Dalam hal Iskandar, perkara ini bukan sekali beliau ditegur tetapi sudah banyak kali, tetapi dia mengambil mudah teguran itu. Pada pendapat saya, jurulatih dan BAM telah melakukan keputusan yang terbaik untuk Iskandar,

“Semua orang tahu merokok akan menjejaskan kecergasan seseorang atlet. Iskandar bukan budak-budak berusia 14 tahun atau 17 tahun yang perlu dimarahi setiap hari.

"Beliau seharusnya memikirkan semula apa yang dia mahu dalam karier badminton,” kata Chong Wei ketika diminta mengulas mengenai keputusan BAM menggugurkan nama Iskandar dalam senarai ke Sukan Asia Indonesia.

Misbun berkata beliau mahu menghantar pemain ke Sukan Asia bersih daripada masalah disiplin dan berharap Iskandar berfikiran matang dalam menentu hala tuju sebagai pemain badminton.

“Masalah pemain yang merokok adalah luar bidang kuasa saya sebagai jurulatih. Pengguguran Iskandar itu tidak melibatkan keputusan pilih kasih atau perkauman. Apabila kita sudah meletakkan mandatori kepada arahan, pemain itu perlu patuh.

Kalau saya mahu seseorang pemain, beliau perlu memberikan komitmen dalam latihan, habiskan modul latihan yang diberikan, dengar arahan dan menjadi contoh kepada pemain-pemain yang muda daripadanya,” katanya.

Bernama

https://www.malaysiakini.com/sukan/432197
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA