Update 01:40 date 23/07/2018
SUKAN | 02 Jul, 2018 | 13:34

City selangkah juara

  MANCHESTER City menamatkan badi kekalahan tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini setelah menang ke atas Tottenham Hotspur 3-1, awal pagi tadi. Gol City dijaringkan oleh Gabriel Jesus, Ilkay Gundogan, dan Raheem Sterling manakala gol saguhati Spurs menerusi Christian Eriksen. Pemain tengah City, Kevin de Bruyne menyifatkan kunci kemenangan kali ini adalah pertahana yang berfungsi dengan […]

 

MANCHESTER City menamatkan badi kekalahan tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini setelah menang ke atas Tottenham Hotspur 3-1, awal pagi tadi.

Gol City dijaringkan oleh Gabriel Jesus, Ilkay Gundogan, dan Raheem Sterling manakala gol saguhati Spurs menerusi Christian Eriksen.

Pemain tengah City, Kevin de Bruyne menyifatkan kunci kemenangan kali ini adalah pertahana yang berfungsi dengan baik berbanding beberapa perlawanan sebelum ini.

“Kami berbincang sebelum pertandingan bahawa melawan United dan Liverpool merupakan perlawanan yang bagus.Kami boleh menang perlawanan tersebut tetapi tidak berjaya. Itulah bola sepak.

“Hari ini, kami mencetak gol dan kami bertahan lebih baik. Semua orang berfikir bahawa perlawanan ini sukar dan pemain sangat keletihan,” katanya.

City bakal mengesahkan kejuaraan liga menentang Swansea minggu depan tetapi mereka boleh mengesahkan kejuaraan lebih awal jika United tewas di laman sendiri bertemu kelab di tangga tercorot, West Brom, malam ini.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/city-selangkah-juara-2/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA