Update 11:42 date 21/09/2018
SUKAN | 02 Jul, 2018 | 14:12

City terlalu kuat musim ini : Mourinho

 Mourinho akui City terlalu hebat musim ini. KEHEBATAN Manchester City musim ini di nilai menjadi penghalang besar buat Manchester United menjuarai Liga Perdana Inggeris. Pengendalinya, Jose Mourinho berkata, prestasi pemainnya musim ini jauh lebih baik berbanding musim lalu dan jika dalam kejohanan lain United masih menjadi pencabar utama untuk menjulang piala. Semalam, United meraih kemenangannya […]

 Mourinho akui City terlalu hebat musim ini.

KEHEBATAN Manchester City musim ini di nilai menjadi penghalang besar
buat Manchester United menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Pengendalinya, Jose Mourinho berkata, prestasi pemainnya musim ini
jauh lebih baik berbanding musim lalu dan jika dalam kejohanan lain
United masih menjadi pencabar utama untuk menjulang piala.

Semalam, United meraih kemenangannya yang ke-21 di Liga Perdana
Inggeris musim ini selepas menumbangkan Swansea City 2-0.

Dengan masih berbaki tujuh perlawanan musim ini, United hampir pasti
akan melangkaui catatan musim lalu yang hanya mengumpul 69 mata dalam
saingan liga.

“Musim lalu kami ada memenangi piala tetapi mengakhiri liga di
kedudukan keenam. Kami ingin mahu mengakhiri liga di kedudukan kedua
musim ini, lebih 10 mata dan kurang bolos berbanding musim lalu.

“Musim ini sudah tentu ada kelab yang tidak mungkin boleh dicabar
(Manchester City). Kalau City tidak bagus mungkin kami boleh jadi juara. Di
kejohanan lain, kami masih menjadi pesaing utama untuk menjuarai
piala.Kami menjalani muism yang positif dan kami masih akan menghadapi
Piala FA,” katanya.

Komen anda

http://www.sukansinar.com/city-terlalu-kuat-musim-ini-mourinho/
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA