Update 14:26 date 18/07/2018
SUKAN | 11 Jul, 2018 | 22:22

Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA

Mario Mandzukic menjaringkan gol kemenangan Croatia pada masa tambahan. REUTERS MOSCOW: Croatia mara ke final Piala Dunia FIFA buat kali pertama dalam sejarah selepas menewaskan England 2-1 di Moscow. Mario Mandzukic menjaringkan gol kemenangan Croatia dalam masa tambahan selepas kedudukan terikat 1-1 tamat masa sebenar. Sebelum itu, Croatia ketinggalan seawal minit ke-5, apabila Kieran Trippier […]

Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA

Mario Mandzukic menjaringkan gol kemenangan Croatia pada masa tambahan. REUTERS

MOSCOW: Croatia mara ke final Piala Dunia FIFA buat kali pertama dalam sejarah selepas menewaskan England 2-1 di Moscow.

Mario Mandzukic menjaringkan gol kemenangan Croatia dalam masa tambahan selepas kedudukan terikat 1-1 tamat masa sebenar.

Sebelum itu, Croatia ketinggalan seawal minit ke-5, apabila Kieran Trippier menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang diperoleh selepas pemain tengah Croatia, Luka Modric menjatuhkan Dele Alli berhampiran kotak penalti pasukannya.

Di sebalik menguasai permainan, Croatia hanya menemui rentak serangan pada babak kedua dan mendapat gol penyamaan pada minit ke-68.

Ivan Perisic menolak masuk gol penyamaan hasil daripada hantaran silang pertahanan kanan, Sime Vrsaljko.

Empat minit kemudian, Perisic terus mengugat pertahanan England apabila cubaannya terkena tiang, diikuti dengan cubaan susulan Ante Rebic yang sekadar tepat kepada penjaga gol England, Jordan Pickford.

Gol kemenangan hadir pada minit ke-109 masa tambahan, selepas Mandzukic menolak masuk hantaran yang ditanduk Perisic.

Croatia akan bertemu Perancis di perlawanan akhir pada 15 Julai di Stadium Luzhniki Moscow.

Tonton: Croatia 2-1 England

http://www.astroawani.com/berita-sukan/croatia-lakar-sejarah-mara-ke-final-piala-dunia-fifa-180228
® Selamat datang ke Saluran. Berita Terkini/ Maklumat yang dikemukakan di sini diambil dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan
KOMEN ANDA