Khairy tegur UMNO
Khairy Jamaluddin 

“Sejak selesai pemilihan UMNO, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum, kutip tabung untuk mantan Presiden dan repeat semula.

“Tak salah kita bersolidariti dengan DSN (Datuk Seri Najib) tetapi takkan itu sahaja UMNO “baharuâ€. Dah kena pukulan maut semasa PRU14, masih pekak terhadap suara rakyat,” katanya menerusi Twitternya semalam.

Menurut Khairy, jika modal untuk PRU15 hanya dengan momokan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai Peguam Negara, Ketua Hakim dan lain-lain, lupakan sahaja impian menawan semula Putrajaya. 

“Keresahan Melayu memang ada, tetapi perkara ini kecil berbanding isu ekonomi, sosial dan lain-lain,” katanya

Khairy berkata, UMNO sekarang berada di persimpangan jalan untuk memilih sama ada mengambil haluan kanan atau tengah. 

“Ke kanan mungkin menang sorak sementara. Tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah. Sukar difahami akar umbi. Tetapi itulah jalan yang ada untuk survive,” tegasnya.

Khairy yakin UMNO adalah ‘khemah besar’ untuk orang Melayu di mana DNA asalnya adalah untuk moderate, haluan tengah dan raikan kepelbagaian. 

“Sebab itu saya masih bersama UMNO tetapi saya tidak setuju dengan manifestasi rasis yang semakin wujud selepas pemilihan parti,†ujarnya.

Tambah beliau, oleh kerana itu beliau tidak menerima tawaran jawatan selepas kalah dalam pemilihan kerana perlu ada kebebasan untuk bersuara dalam parti. 

“Biarlah ada kepelbagaian suara dalam UMNO. Ada yang label saya ‘liberal’  dan macam-macam. Tak penting. Yang penting ada dissenting voice vs haluan kanan parti,†katanya. –UTUSAN ONLINE