BUTIK Pengantin Demelza Bridal House (Demelza) bekerjasama  dengan syarikat pereka fesyen dari Indonesia dan China untuk memberikan perkhidmatan tempahan pakaian terutamanya gaun pengantin ikut trend terkini pada harga berpatutan.

Pengasasnya, Noraiha Rais berkata, Demelza menawarkan harga tempahan gaun khas dari China serendah RM200 sepasang manakala gaun dari Indonesia berharga RM600 menggunakan fabrik dan material berkualiti serta rekaan eksklusif.

Menurutnya,  Demelza tawar koleksi gaun tersebut dalam pelbagai saiz dan rekaan bagi penuhi citarasa bakal pengantin sementara usaha sama dengan syarikat dari Indonesia dan China akan beri kemudahan mereka buat tempahan.

“Demelza mahu mengetengahkan keunikan koleksi set pakaian pengantin terkini pada harga berpatutan bagi penuhi permintaan pelanggan masa kini. Kerjasama dengan syarikat dari kedua-dua negara ini adalah kelebihan dimiliki syarikat yang beroperasi sejak sembilan tahun lalu,” katanya pada sidang media sempena pelancaran Butik Demelza Bridal House di Saujana Rawang, baru-baru ini.

Noraiha berkata, antara koleksi yang menjadi pilihan berkonsepkan trend semasa termasuklah gaun kembang belimbing dan gelombang, songket serta kebaya lace yang menjadi tarikan popular pelanggan.

“Selain menyediakan pakaian pengantin, Demelza turut menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi memenuhi permintaan bakal pengantin mengikut bajet masing-masing antaranya perkhidmatan untuk bertunang, pelamin dan solekan pengantin. Harga pakej penuh ditawarkan serendah RM18,000 sehingga RM20,000 atau pakej premium RM45,000,” katanya.

Katanya, Demelza menjangkakan pembukaan cawangan butik tersebut dan promosi agresif di pelbagai platform media, syarikat mengunjurkan akan menerima tempahan empat kali sebulan sehingga akhir tahun ini.