SEREMBAN – Seorang suri rumah berharap wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai ‘Melati’ dijumpainya setahun lalu, dapat munculkan diri demi masa depan anaknya.

Ainizal Zurina Zainal,42, berkata, wanita dianggarkan berusia 35 tahun itu telah datang ke rumah ibunya di Taman Bukit Kepayang di sini, untuk menyerahkan bayi perempuan yang ketika itu berusia lapan hari.

“Pada waktu itu, dia datang dengan seorang kawan dan beritahu nak bagi anaknya kerana perlu bekerja.

“Dia serahkan begitu saja dengan beberapa helai pakaian bayi, tanpa sebarang dokumen.

“Ibu segera hubungi saya sebab dia tahu yang saya dah lama teringinkan anak kerana anak sulung sudah berusia 12 tahun pada waktu itu,†katanya ketika ditemui di pejabat Sinar Harian.

Menurutnya, dia sempat berjumpa dengan wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Melati yang berjanji akan membantu untuk proses dokumentasi anaknya.

Bagaimanapun katanya, selepas dua hari, wanita terbabit tidak lagi dapat dihubungi selepas diberitahu yang laporan polis perlu dibuat sebagai langkah keselamatan.

“Mungkin dia takut bila saya cakap nak buat laporan polis dan sampai sekarang, dia tak dapat lagi dihubungi.

“Saya pula jadi risau bayi ini diambil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jika laporan mengenainya dibuat kerana ibunya gagal dikesan hingga kini,†katanya.

Namun memikirkan masa depan bayi yang diberi nama Nur Ainul Aqilla Abdullah yang kini berusia 14 bulan itu, Ainizal Zurina kini dalam proses mengambilnya sebagai anak angkat dan berharap Melati dapat segera menghubunginya di talian 017-6565028.