Penerima Anugerah Saudara Kita Lelaki sempena Sambutan Maal Hijrah 2018 negeri itu berkongsi pengalaman lalu ketika ditemui di Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.

Menurut Mohamad Rahmat, ahli keluarganya merupakan individu yang berpegang kuat pada ajaran Hindu dan tidak dapat hakikat beliau mahu memeluk agama Islam.

“Selepas mereka mengetahui niat saya untuk memeluk Islam, saya diikat dan dikurung sebelum berjaya melarikan diri ke Ku­ala Lumpur.

“Alhamdulillah di Kuala Lumpur saya bertemu dengan keluarga angkat dan mempelajari agama ini sebelum memeluk Islam ketika berusia 19 tahun,” katanya.

Tambah beliau, bagaimanapun beliau bersyukur kerana hubungan kekeluargaannya bersama ibu dan bapa kembali pulih selepas pelbagai usaha dilakukan untuk mendekati semula keluarganya.

Dalam majlis hari ini, Mohamad Rahmat ditemani kedua-dua ibu bapanya, A. Ramasamy dan K. Kathyee yang hadir memberi sokongan kepadanya.

Sementara itu, Ramasamy ketika diminta pendapat mengenai Mohamad Rahmat memberitahu, dia gembira dengan pencapaian dan kehidupan yang dilalui oleh anak lelakinya itu ketika ini.

“Saya dan isteri gembira de­ngan apa yang dicapai oleh anak saya dan keluarganya. Semoga mereka sekeluarga akan lebih berjaya pada masa depan. Kami gembira kerana dia tetap melayan dan menghormati kami sebagai ibu bapanya,” kata Ramasamy.