Pengumuman itu dibuat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sin Chee Keong ketika majlis Pelancaran Logo Sambutan 7 Dekad MBM di Akademi Latihan Pendidikan Vokasional (VETA), dekat sini.

Steven menjelaskan, pelantikan dua selebriti sebagai duta program tersebut diyakini mampu menarik minat lebih ramai belia untuk menyertai pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan mereka.

“Cabaran belia pada masa kini tidak sama seperti suatu masa dahulu, kini sebahagian besar belia lebih berminat untuk melakukan aktiviti sendiri daripada menyertai program yang dianjurkan pertubuhan.

“Kita (kerajaan) tidak mahir dalam semua bidang, belia mempunyai ikon mereka dan duta yang dilantik akan menjadi penghubung dalam penyatuan belia,” katanya dalam sidang akhbar dekat sini. – UTUSAN ONLINE