JOHOR – Banyak institusi daripada pelbagai bidang menyatakan minat untuk mengem­bangkan lagi cabang di hub pendidikan Educity, di sini.

Naib Presiden Eksekutif Projek Khas Iskandar Investment Berhad (IIB), Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi berkata, bagaimanapun, pihaknya mahu fokus pada institusi sedia ada pada masa kini.

“Banyak institusi berminat, tetapi kita sangat memilih. Kita hanya mahu memilih bidang terbaik.

“Pengiktirafan Educity sebagai hub pendidikan menyebabkan lokasi ini semakin dikenali, tetapi kita mahu mengawalnya kerana mahu mengekalkan kualiti.

“Buat masa ini, kita mahu tingkatkan kemudahan sedia ada. Kita juga sentiasa bekerjasama dengan pemaju di kawasan ini bagi meningkatkan kepelbagaian pilihan,†katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ber­sempena program EduCity Educators Conference 2018 di Hotel Jen, di sini, semalam.

Persidangan berkenaan disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dihadiri lebih 100 golongan akademik pelbagai bidang.

Pada masa kini, terdapat universiti dari United Kingdom telah beroperasi di hub pendidikan Educity iaitu Newcastle University Medicine Malaysia, University of Southampton Malaysia dan University of Reading Malaysia.

Sementara itu, Siti Hamisah mahu pensyarah-pensyarah di institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara mengubah proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) bagi melahirkan tenaga kerja bersesuaian dengan kehendak industri.

“Kita perlu mengajar supaya pelajar mudah ber­adaptasi dengan perubahan-perubahan sekeliling (dari segi teknologi) dan bukan sekadar hanya mengetahui sesuatu perkara tetapi perlu memahami cara ia berfungsi.

“Pemahaman yang mendalam juga mem­bolehkan mereka untuk mengajar dan menyam­paikan informasi kepada orang lain, jadi pembelajaran sepanjang hidup itu penting terutamanya dalam IR4.0,†katanya.